Gambar ini diambil pada Mei 2011 sempena program Start In Tioman (SIT) anjuran Damai Resort. Aktiviti ini mendapat sambutan pelbagai pihak bagi termasuk dari pihak perseorangan, media, artis, mahupun koprat. Matlamat utama aktiviti ini adalah untuk menerapkan dan menekankan tentang masalah yang dihadapi kepada hidupan marin dan cara-cara mencegahnya dari terus menjadi teruk.
Antara aktiviti yang dijalankan adalah membersihkan kawasan pantai dan dasar laut. taklimat dari pihak Taman Laut Tioman dan dari pihak perseorangan, jalan malam untuk mengetahui sejarah Pulau Tioman dan juga aktiviti melatih penyelam baru (Open Water Course).
PM menandatangani 'Plak' bersama duta SIT Kumpulan Wings
Didalam program ini juga, sebuah "reef house" dibini bagi menempatkan dan menyelamatkan hidupan marin bagi kawasan yang tiada terumbu lagi. Program ini di jalankan setiap tahun bagi memberi peluang kepada penyelam-penyelam untuk mengenali lebih dalam tentang hidupan marin.
Damai Resort, Tioman
Aktiviti Jalan Malam
Aktiviti membersih pantai